Perutusan Pengarah

 

Profil KETARA

- Latar Belakang

- Fungsi, Objektif & Skop

- Maklumat Asas

 

Organisasi KETARA

- Bahagian & Seksyen

- Carta Organisasi

- Direktori Staf

 

Lokasi

- Pejabat KETARA

- Kawasan Pembagunan

ISI KANDUNGAN PROFIL
     
 

Empangan Paya Peda

 

 

 

Mengatasi masalah kekurangan bekalan air sawah di samping sebagai kawalan banjir untuk kawasan pertanian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bekalan air di Jelapang Padi Besut diperoleh dari dua punca utama iaitu Ampangan Jajar dan Ibu Bekalan Angga. Bekalan air daripada Ampangan Jajar disalurkan di Kompatmen 1,3 dan 4 dengan keluasan 4,045 hektar. Manakala Ibu Bekalan Angga membekal air untuk Kompatment 2 seluas 1,129 hektar. Dalam keadaan biasa, bekalan air yang dibekalkan oleh kedua-dua ibu bekalan adalah hanya 92%. Keadaan akan menjadi kritikal apabila berlaku kemarau yang serius di mana bekalan air yang mampu dibekalkan hanya 42%.

 

Pembinaan Empangan Paya Pedu adalah bertujuan untuk membolehkan keseluruhan kawasan Jelapang Padi Besut dan beberapa skim sekitarnya bagi mendapatkan bekalan air secukupnya bagi kedua-dua musim penanaman. Ianya juga selaras dengan program meningkatkan hasil padi kepada 10.0 tan metrik sehektar memerlukan jaminan bekalan di pengairan mencukupi.

 

Tapak Empangan Paya terletak 1.5km ke hulu Ampangan Jajar dan 17km dari Jerteh. Keluasan kawasan tadahan meliputi 77km persegi dengan kawasan takungan air seluas 1,110 hektar.

 

Anggaran kos pembinaan Empangan Paya Peda iaitu sekitar RM 200 juta dan sebanyak RM150 juta telah diluluskan di bawah RMK-9. Kerja-kerja permulaan seperti penyiasatan tanah, bancian dan topografi telah bermula pada pertengahan 2007 dan Empangan Paya Peda ini dijangka siap menjelang 2010.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari aspek sosioekonomi Empangan Paya Peda ini akan dapat meningkatkan hasil padi IADA KETARA daripada pencapaian penghasilan sekarang iaitu 5.5 tan metrik sehektar. Ia juga berfungsi sebagai kawalan banjir kawasan pertanian yang akan dapat mengurangkan kerosakan infrastruktur ladang dan tanaman. Ianya juga akan digunakan oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) untuk bekalan air domestik. Laporan kajian EIA mendapati projek ini akan memberi kesan kepada alam sekitar.

 

 
 

Penafian

IADA KETARA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan

maklumat di dalam laman web ini.