Perutusan Pengarah

 

Profil KETARA

- Latar Belakang

- Fungsi, Objektif & Skop

- Maklumat Asas

 

Organisasi KETARA

- Bahagian & Seksyen

- Carta Organisasi

- Direktori Staf

 

Lokasi

- Pejabat KETARA

- Kawasan Pembagunan

ISI KANDUNGAN PROFIL
     
 

Info Padi | Insentif Peningkatan Hasil (IPH)

Harga Minimum Terjamin (GMP)

 

Harga Minimum Terjamin Padi (GMP) padi kering dan basah dinaikkan daripada RM 550.00 setan metrik kepada RM 650.00 setan metrik berkuat kuasa 1 November 2006.

 

Padi Kering dan Basah

 

Padi Bersih - Padi ditakrifkan sebagai padi yang bebas dari kandungan kekotoran, padi hampa, padi rosak atau berpenyakit dan padi muda.

 

Padi Kering - Padi kering merupakan padi yang kandungan wap basah / kelembapan adalah 14%.

 

Pemutuan

 

 

Insentif Peningkatan Hasil (IPH)

 

Insentif Peningkatan Hasil (IPH) adalah bertujuan untuk menggalakkan pesawah meningkatkan hasil pengeluaran masing-masing. Kadar insentif ialah RM 650.00 bagi setiap tan metrik tambahan hasil dan diberi dalam bentuk wang tunai apabila pesawah menjual hasil padi bersih kering di pintu kilang meningkat hasil musim semasa sekurang-kurangnya 1% berbanding hasil musim asas.

 

Hasil Musim Asas

Syarat Layak Peningkatan Hasil

Hasil Semasa

2000 Kilo

20 Kilo
2020 Kilo
3000 Kilo
30 Kilo
3030 Kilo
4000 Kilo
40 Kilo
4040 Kilo
5000 Kilo
50 Kilo
5050 Kilo

 

 

Kenaikan

Pekali

Hasil Diperolehi

1 Tan

1 x RM 650.00

RM 650.00

500 Kilo

0.5 x RM 650.00

RM 325.00

400 Kilo

0.4 x RM 650.00

RM 260.00

300 Kilo

0.3 x RM 650.00

RM 198.00

 

Bayaran Minimum IPH

 

Untuk pesawah yang mengusahakan sawah kurang dari 2.0 hektar, memperolehi peningkatan sekurang-kurang 1%, bayaran minimum IPH adalah RM 200.00.

 

Bonus 10 Tan

 

Untuk Pesawah yang telah berjaya mencapai hasil pengeluaran padi sebanyak 10 tan metrik sehektar, mereka akan diberi bonus sebanyak RM 650.00 sehektar di samping insentif peningkatan hasil sebaik sahaja mereka mencapai hasil 10 tan metrik sehektar.

 

Contoh pengiraan bonus 10 tan untuk pengusaha 1 hektar :-

 

Perkara

Pesawah A

Pesawah B

Hasil Musim Asas (Kg)

10000
10000
Hasil Musim Semasa (Kg)
10100
10050
Kenaikan (Kg)
100.00
50.00
Peratus Kenaikan (%)
1.00
0.50
Insentif Peningkatan Hasil (RM)
65.00
Tak layak
Bonus 10 Tan (RM)
650.00
650.00

 

Insentif Pengeluaran Padi

 

Insentif Pengeluaran Padi (IPP) adalah bertujuan menampung kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah.

 

Ia akan diberi kepada semua pesawah dalam bentuk :-

1. Bantuan upah membajak bernilai maksimum RM 100.00 sehektar semusim.

2. Bantuan input pertanian seperti baja dan racun bernilai maksimum RM 140.00 sehektar semusim.

 

 

Penafian

IADA KETARA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan

maklumat di dalam laman web ini.