Perutusan Pengarah

 

Profil KETARA

- Latar Belakang

- Fungsi, Objektif & Skop

- Maklumat Asas

 

Organisasi KETARA

- Bahagian & Seksyen

- Carta Organisasi

- Direktori Staf

 

Lokasi

- Pejabat KETARA

- Kawasan Pembagunan

ISI KANDUNGAN PROFIL
     
 

Bajak Niplo

 

 

 

Bajak Niplo adalah sejenis 'implement' sama dengan 'rotovator biasa' yang berfungsi melumatkan tanah. Peralatan ini disambung kepada 4 roda dengan digerakkan oleh kuasa PTO. alat bajak ini terdiri daripada 2 jenis mata (blade) iaitu mata besar dan kecil.

 

Kegunaan peralatan ini adalah untuk kerja bajak akhir disamping membantu meratakan sawah bagi proses menanam samada tabur atau cedungan.

 

Bagi bajak niplo mata besar (tebal) amat sesuai untuk sawah yang telah ditumbuhi rumput yang masih muda manakala mata halus pula sesuai untuk tanah yang tidak berumput (lembut).

 

Spesifikasinya secara umum adalah seperti berikut :

 

1- Berat : 300-500kg

2- Lebar : 60"-120"

3- Traktor : 60-90 h.p

 

Walaubagaimanapun spesifikasinya adalah berbeza mengikut model yang dikeluarkan.

 

Bajak niplo mata kasar adalah lebih berat berbanding debgan mata halus.

 

Kelebihan bajak ini ialah mempercepatkan proses penyediaan tanah, merata seawh dan proses kerja yang cepat. Ia juga dapat menggemburkan tanah dan mewujudkan ruang oksigen yang banyak dalam tanah sesuai bagi pertumbuhan padi. Bagi 1 ekar masa yang diambil antara 45 minit ke 1 jam berbanding dengan amalan petani yang menggunakan kerbau besi memakan masa berhari-hari bagi meyiapkannya. Penggunaan kerbau besi juga akan menyebabkan tanah menjadi padat.

 

Kelemahannya pula tidak sesuai digunakan di tanah dalam dan memerlukan air antara 1"-2" semasa pembajakan dijalankan. Kedalaman bajakan pula antara 4" hingga 6".

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

Penafian

IADA KETARA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan

maklumat di dalam laman web ini.