Perutusan Pengarah

 

Profil KETARA

- Latar Belakang

- Fungsi, Objektif & Skop

- Maklumat Asas

 

Organisasi KETARA

- Bahagian & Seksyen

- Carta Organisasi

- Direktori Staf

 

Lokasi

- Pejabat KETARA

- Kawasan Pembagunan

ISI KANDUNGAN PROFIL
     
 

Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP)

 

 

 

Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) asalnya dikenali dengan Program

Pembangunan Wang Ehsan (PPWE). Program ini mula dilaksanakan pada

tahun 2001 dimana pada peringkat awal program ini melibatkan semua

Jabatan/Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia meliputi semua daerah dalam Negeri Terengganu. Bermula tahun

2004, peruntukan DKKP yang diterima adalah untuk dua Daerah sahaja iaitu

Daerah Besut dan Daerah Setiu, manakala lain-lain Jabatan/Agensi dibawah

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia memperolehi peruntukan

terus dari Kementerian.

 

Peruntukan yang disalurkan melibatkan 3 komponen utama iaitu :

1- Pembangunan Pertanian di Kawasan Jelapang dan Luar Jelapang.

2- Pembangunan Infrastruktur Pertanian di Kawasan Jelapang dan Luar Jelapang.

3- Pembangunan Industri Asas Tani.

 

Pada peringkat awalnya IADA KETARA menjalankan program-program

melibatkan skop seperti berikut :

1- Perataan Sawah dan Pembelian Input Pertanian.

2- Kejenteraan Ladang.

3- Tanaman Sayur/Tanaman Kontan.

4- Peningkatan Infrastruktur dan Kemudahan Asas Pertanian Daerah Setiu.

5- Skim Pengairan Besut.

 

Sementara itu bermula tahun 2005, KETARA telah memohon dengan Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani bagi perluaskan skop perlaksanaan. Bahagian

Pembangunan Projek Khas, KETARA bertindak sebagai penyelaras peruntukan

dan pemantauan projek, manakala pelaksanaan program dijalankan oleh

Komponen/Bahagian di KETARA iaitu Bahagian Pertanian, Bahagian Pengairan

dan Saliran Pertanian, Bahagian Kejenteraan Ladang, Bahagian Industri Asas

Tani (IAT), Bahagian Pembangunan Tani dan Bahagian Kemudahan Asas. Program

ternakan lembu dan kambing dikendalikan bersama dengan Jabatan Perkhidmatan

Veterinar (JPV) Daerah Besut, JPV Daerah Setiu dan sokongan teknikal dari JPV

Negeri Terengganu.

 

Peruntukan DKKP 2005 telah diluluskan dengan perluasan skop meliputi aktiviti berikut :

1- Kejenteraan Ladang

2- Pemulihan Dusun Buah-buahan

3- Tanaman Sayur/Tanaman Kontan

4- Tanaman Kelapa

5- Penyatuan Tanah Sawah

6- Pembangunan Pertanian Besut

7- Pembangunan Pertanian Setiu

8- Pembangunan Ternakan

9- Pembanguan Industri Asas Tani

10-Sistem Maklumat

11-Peningkatan Minda dan Penerokaan Teknologi.

 

Sehingga tahun 2008, sebahagian besar dari program yang dirancang

telah dilaksanakan mengikut skop yang dibenarkan dan telah menggunakan

lebih kurang 83.0% peruntukan yang disalurkan. Sehingga kini tiada lagi

peruntukan tambahan yang diterima.

 

 

oleh : Othman bin Muda

Ketua Bahagian DKKP

 

 
 

Penafian

IADA KETARA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan

maklumat di dalam laman web ini.