Info Tani > Kumpulan Pengguna Air (KPA) |
Definisi KPA
Sebagai Kumpulan Tani yang terletak dikelompok berasakan satu unit kawasan pengairan yang boleh berfungsi secara sendiri. Kumpulan ini mempunyai kepentingan yang sama dalam menjayakan aktiviti tanaman padi dan aktiviti berkaitan kearah menjadikannya sebagai satu entiti yang berdaya maju.
Objektif
1. Menjadikan KPA sebagai landasan dalam memajukan industri Tan.Padi
2. Melahirkan pemimpin Tani yang berwibawa dan berdedikasi dalam memajukan industri tanaman padi
3. Melaksanakan pembangunan sosial dan kebajika ahli petani setempat
4. Memajukan institusi KPA sebagai badan pengurusan yang bergerak sebagai satu entiti bisnis.
Strategi
1. Menggerakkan KPA sebagai landasan untuk merancang dan melaksanakan pembangunan ladang kearah bekalan air yang sempurna dan kuantiti yang mencukupi.
2. Menggalakkan KPA mempelbagaikan aktiviti ke arah peningkatan hasil dan peningkatan pendapatan
3. Menyusun semula dan memperkemaskan struktur organisasi KPA ke arah satu badan pengurusan yang bergerak sebagai entiti yang berdaya maju
4. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan KPA melalui program bimbingan dan latihan
5. Menggalakakn institusi KPA ke arah meningkatkan ekonomi
6. Memperkemaskan kemudahan pusat sumber bagi kemudahan ahli
7. Menggiatkan aktiviti sosial masyarakat
Pembangunan KPA
KPA adalah satu institusi yang ditubuhkan bagi menjaga kepentingan penanam padi dan masyarakat setempat kearah meningkatkan lagi sosial ekonomi disamping menyokong kepada menjayakan pembangunan industri padi.
Elemen-elemen Utama bagi satu KPA
> organisasi
> pusat sumber
> tabung
1- Aktiviti Ekonomi
Jawatankuasa pengurusan KPA bertanggungjawab dalam mengerak dan mempelbagai projek selain aktiviti utama iaitu rantaian aktiviti tanaman padi.
a) Projek Penambahan Pendapatan. Contohnya: Projek sayuran
b) Kontrak Pembaikan kecil/selenggara taliair/ saliran.
- Dalam perbincangan dengan agensi berkaitan semasa penubuhan KPA pada Sept.1999 bersetuju untuk menyerah sebhagian kecil kepada KPA. Pelaksanaan akan diuruskan pengurusan KPA.
c) Operasi traktor 4 roda.
- Sebanyak 4 KPA telah dipilih bagi projek perintis pemilikan traktor 4 roda.
- Pendapatan daripada aktiviti ii telah menyumbang sebanyak RM3 ribu-RM4 ribu semusim.
d) Pengurusan berpusat pembelian input,pembajakan dan penuaian
e) Pinjaman peralatan mekanisasi ladang
2- Pusat Sumber
a) Menjadi pusat rujukan kepada petani setempat
b) Untuk mesyuarat, kursus, perjumpaan
c) Menjadi kelas komputer, masakan, bengkel jahitan, kelas agama
3) Tabungan
a) Pengurusan berpusat
b) Penawaran khidmat sosial dan kebajikan
Usaha-usaha yang sedang dan akan dijalankan oleh pihak KETARA dalam memperkukuhkan tadbirurus kewangan tabung agar pengurusan lebih cekap.
a- Pendaftaran dengan Pertubuhan
b- Membangunkan perisian kewangan tabung
c- Menyediakan komputer kepada KPA terpilih
d- Kursus pengurusan tadbirurus kewangan
e- Lawatan sambil belajar ke kelompok maju
f- Penyeliaan dan pemantauan berterusan keatas pengurusan tabung
Senarai AJK KPA
|