Perutusan Pengarah

 

Profil KETARA

- Latar Belakang

- Fungsi, Objektif & Skop

- Maklumat Asas

 

Organisasi KETARA

- Bahagian & Seksyen

- Carta Organisasi

- Direktori Staf

 

Lokasi

- Pejabat KETARA

- Kawasan Pembagunan

ISI KANDUNGAN PROFIL
     
 

Organisasi KETARA | Bahagian & Seksyen

Struktur Organisasi

IADA KETARA terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

  1. BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK (PMU)

    Seksyen Pentadbiran dan Kewangan

    Seksyen Perancangan, Pengesanan dan Penilaian

    Seksyen Pembangunan Tani

    Seksyen Industri Asas Tani

    Seksyen Kejenteraan

    Seksyen Pembangunan Kemudahan Asas

    Seksyen Pembangunan Projek Khas

  2. BAHAGIAN PERTANIAN
  3. BAHAGIAN SALIRAN PERTANIAN

Fungsi Utama Bahagian Pengurusan Projek (PMU)

Unit Pengurusan Projek (PMU) bertanggungjawab dalam soal pengurusan harian dan perlaksanaan projek. PMU yang diketuai Pengarah Projek akan menyelaraskan semua aktiviti dan operasi jabatan-jabatan / agensi-agensi yang terlibat dalam perlaksanaan projek. Setiap bahagian dalam Unit Pengurusan Projek mempunyai objektif dan fungsi yang berbeza.

 

1- Fungsi seksyen pentadbiran dan kewangan

a) Mengurus, menyelaras, memantau pelaksanaan segala urusan pentadbiran dan perkhidmatan di IADA

b)Mengurus, menyelaras, memantau pelaksanaan segala urusan kewangan di IADA

c) Memesan, menerima, menyimpan dan mengeluar (setor)

  • Memesan, menyimpan dan mengeluar peralatan pejabat (stationary
  • Memesan, menyimpan dan mengeluar alat ganti kendern dan jentera pertanian
  • Memesan, meminjam dan mengeluarkan bahan input pertanian)

2- Fungsi seksyen pengesanan dan penilaian

  • Menyelaras penyediaan laporan bulanan projek moniting sistem (PMS) serta laporan suku tahun dan tahunan IADA.
  • Menyelaras penyediaan anggaran belanjawan tahunan, rancangan Malaysia lima tahun dan kajian separuh penggal.
  • Mengurus dan menyelenggara peralatan perkomputeran, mengumpul serta mengemaskini data-data projek IADA
  • Merancang, menyelaras dan mengendali kursus-kursus untuk golongan sasar.

Fungsi Utama Bahagian Pertanian

- Memberi penekanan khusus kepada projek-projek pertanian yang berkaitan rapat dengan golongan miskin.
- Pembangunan kawasan pertanian secara komersil khasnya bagi jenis tanaman yang berjaya maju termasuk tanaman buah-buahan dan tanaman kontan serta jenis sayuran
- Penubuhan industri sampingan yang menggunakan hasil pertanian sebagai sumber bahan mentah.

 

 

Fungsi Utama Bahagian Saliran Pertanian

- Menyediakan kemudahan infrastruktur pengairan, saliran jalan ladang serta struktur-struktur berkaitan terutama kawasan tanaman padi.
- Menyediakan kemudahan sistem saliran di dalam kawasan tanaman tambahan.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur untuk tebatan banjir di Sungai Besut.
- Memperdalamkan muara Sungai Besut untuk kemudahan nelayan.
- Menyediakan kemudahan jeti tambahan di kompleks pendaratan ikan Kuala Besut.

- Mempertingkatkan infrastruktur ladang, terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi kawasan Jelapang Padi KETARA

- Mengukuhkan dan mengembangkan khidmat skongan pertanian dan pengurusan pertanian

- Menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan

- Mengukuhkan perkhidmatan agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian dan peladang.

 

Penafian

IADA KETARA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan

maklumat di dalam laman web ini.