Perutusan Pengarah

 

Profil KETARA

- Latar Belakang

- Fungsi, Objektif & Skop

- Maklumat Asas

 

Organisasi KETARA

- Bahagian & Seksyen

- Carta Organisasi

- Direktori Staf

 

Lokasi

- Pejabat KETARA

- Kawasan Pembagunan

ISI KANDUNGAN PROFIL
     
 

Projek | Projek pemeliharaan ikan keli

 

Pemeliharaan dalam kanvas

 

Lokasi projek : Kampung Gong Pasir

Bilangan sangkar : 4 buah

Bilangan peserta : 10 orang

Kos projek : RM 30,000.00

 

 

 

Potensi ternakan ikan dalam kanvas

Di Malaysia, ternakan ikan keli dalam kolam tanah/konkrit dan sangkar telah lama diusahakan oleh Penternak/Petani secara kecil kecilan/sederhana. Industri ternakan ikan keli mampu memberi pulangan baik kepada pengusaha. Ini memandangkan permintaan daripada pengguna agak menggalakan dimana pasaran runcit iaitu sekitar RM5.00 – 6.00/kg. Kebanyakan pengusaha menternak ikan keli dengan purata 3 – 4 pusingan setahun.

Sementara itu, ternakan ikan keli dalam kanvas mula diperkenalkan secara komersial kepada pengusaha sekitar tahun 2005. Ianya adalah hasil temuan penyelidikan daripada penyelidek Universiti Sains Malaysia yang diijalankan sejak tahun 90an. Penternakan cara ini mendapat sambutan yang menggalakan berdasarkan kepada kelebihanyabaikan berbanding cara konvesional :-

  • Pengurusan ternakan seperti pengurusan air, pengredan ikan adalah lebih mudah disamping kawalan kualiti air adalah lebih baik.
  • Penyelenggaraan peralatan adalah mudah disamping ianya mudah alih untuk digunakan dimana-mana kawasan.
  • Kosnya lebih murah.

 

Ternakan ikan keli mula diperkenalkan di IADA KETARA pada tahun 2007 sebagai satu sumber pendapatan baru petani dalam menambahkan pendapatan selain penanaman padi. Sebagai permulaan, sebanyak 5 kelompok (9–10 peserta/kelompok) telah dijadikan projek perintis meliputi KPA Kayu Kelat (2 kelompok) dan KPA QQ1 (3 kelompok). Setiap peserta akan diberi insentif sebanyak RM3,000 meliputi peralatan kanvas (15’ x 4’ x 3’) .Manakala peralatan tangki air dan pam secara diguna berkongsi.

Projek Ikan Keli secara berkelompok

 

Purata penghasilan ikan peserta bagi 1 pusingan (3 bulan) iaitu diantara 100–120 kg dan kebanyakan hasil ikan dijual kepada pemborong tempatan dengan harga RM2.50 –3.00/kg. Memandangkan projek ini mudah diselenggara, tidak memerlukan kawasan yang luas dan pasaranya agak baik, ianya akan dikembangkan di keseluruhan kawasan IADA KETARA bagi tempoh RMK9.

 

Peserta Projek Ikan Keli secara berkelompok

 

Pemeliharaan dalam kolah

 

Lokasi projek : Kampung Pak Wong

Bilangan sangkar : 25'x40' 2 unit, 16'x30' 2 unit

Bilangan peserta : 1 orang

Tarikh mula ternak : 15/5/2007

Kos projek : RM 8,000.00 (insentif penyediaan kolah)

 

 

Penafian

IADA KETARA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan

maklumat di dalam laman web ini.