Sejarah
Screw Pump adalah alat mekanikal yang tertua untuk memindahkan cecair dan gas. Pam terawal yang direka oleh Archimedes di sekitar 300 BC dan dikenali sebagai "Archimedes Screw Pump" untuk pengairan dan saliran. Pam bekerja menggunakan daya mekanikal untuk memindahkan cecair dan gas dari satu tempat ke tempat lain samada melalui cara biasa atau daya tekanan.
Kegunaan
Terdapat beberapa bidang kegunaan "screw pump" seperti
dalam industri minyak petroleum,proses kimia dan lain-lain.
~Industri minyak dan petroleum
~Dalam proses kimia yang merbahaya
~Mengangkat bahan mentah kumbahan
~Mengepam air hujan/banjir
~Saliran tanah pertanian.
Rumah Pam Alor Air Puteh
Rumah Pam Alor Air Puteh terletak di Kg. Alor Air Puteh iaitu lebih kurang 5km dari pejabat KETARA dan tempat ini dengan mudah boleh dihubungi melalui jalan kampung dengan menggunakan kenderaan.
Pam Air jenis "Screw" yang pertama dipasang oleh Bahagian Pengairan & Saliran Pertanian (BPSP), KETARA.
Operasian pam pada hari ini ialah menggunakan sistem elektrik yang berfungsi dengan senyap tanpa gangguan di kawasan persekitaran.
| Jenama |
Spaans BE 1100 |
| Jenis |
Concrete Trough Liner |
| Bilangan Pam |
(1) Satu Buah |
| Luahan (Discharge) |
300 lit/sec |
| Turus (Head) |
2.10 meter |
| Jenis Pam |
Archimedean screw Pump |
| Diameter |
1100 mm |
| Buatan Pam |
Belanda |
| Kuasa Penjalan |
Sistem Eletrik |
| Kuasa Motor |
11 Kw |
| Kegunaan |
Skim Pengairan KETARA Keluasan 100 hectar |
| Tarikh Pam Dipasang |
20 Julai 2008 |
| Catatan |
|
Kelebihan Pam Jenis Ini :
> Pelbagai saiz dan tekanan
> Air yang mengalir tidak akan membentuk gegaran pengaliran
> Air yang mengalir tidak akan membentuk buih
> Keperluan penyelenggaraan yang minimum
> Daya angkat yang tinggi
> High Compactness
> Kadar alir yang berterusan dan stabil
> Kadar alir yang tidak menyebabkan "turbulence"
> Extreme service longevity
> High self priming capability
> Berfungsi dengan senyap
> Rekabentuk yang padat - memudahkan pemasangan dan penyelenggaraan