Peta Laman | FAQ | Bahasa :
Sejarah Penubuhan
Pengenalan
Projek Pembangunan Pertanian Besut atau lebih di kenali dengan IADP BESUT merupakan salah satu Projek Pertanian Bersepadu yang di tubuhkan di bawah Kementerian Pertanian Malaysia bertujuan memperbaiki taraf hidup masyarakat tani selaras dengan Dasar Ekonomi Baru kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan. Projek ini telah di lancarkan pada tahun 1972 dan telah siap pembinaan infrastruktur sepenuhnya pada tahan 1982.
Sepertimana dirancang projek ini dijangka siap pada tahun 1977, tetapi oleh kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dipihak pemborong iaitu Korea Development Coorporation (KDC) pembinaan sepenuhnya telah ditunda pada tahun 1979. Projek ini merupakan satu projek pengairan ke atas kawasan padi.
Pembubaran IADP Besut dan penubuhan IADP
Pada awal tahun 1992, IADP Besut telah dibubarkan dan diganti dengan Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (IADP KETARA) sebagai usaha ke arah meluaskan skop dan operasi kawasan perkhidmatan. IADP KETARA ditubuhkan dengan persetujuan Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian Pertanian dengan sebahagian peruntukan dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia. Projek ini meliputi kawasan seluas 198,739 hektar yang merangkumi keseluruhan Daerah Besut dan sebahagian besar Daerah Setiu.
Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara atau lebih dikenali sebagai KETARA telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan telah diberi tanggungjawab untuk memajukan pembangunan sektor pertanian di kawasan Terenganu Utara yang meliputi dua daerah iaitu Besut dan Setiu. Di samping matlamat ini peranan KETARA juga adalah untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk yang terlibat dengan aktiviti pertanian dan secara khususnya para pesawah padi.
Memandangkan pengeluaran bahan makanan serta mengkormersilkan usaha tani menjadi salah satu strategi yang dianggap penting dalam mencapai matlamat organisasi, maka KETARA secara pelaksanaan program-program RMK, telah berusaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran padi di kawasan tertentu, selain daripada melaksanakan program-program mempelbagaikan aktiviti ekonomi keluarga tani. Penekanan yang lebih telah diberi untuk mengembeling tenaga wanita serta suri rumah melalui penubuhan kumpulan usahawan wanita, yang bergiat di dalam beberapa aktiviti ekonomi, agar mereka ini menjadi penyumbang tambahan kepada pendapatan isi rumah.
IADP KETARA merupakan projek jelapang padi. Jelapang padi ialah skim pengairan yang besar (keluasan yang melebihi 4,000 hektar) dan diiktiraf oleh kerajaan seperti dalam Dasar Pertanian Negara bagi kawasan utama pengeluaran padi negara. Terdapat 8 kawasan jelapang padi di Malaysia, iaitu:
MADA : Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
KADA : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
PKSM : Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Kerian Sungai Manik
PBLS : Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor
P.P.P.B.P. Pinang : Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang
Seberang Perak : Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Seberang Perak
KETARA : Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara
PERKASA : Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin Semerak
Tarikh Penubuhan
1971 : Projek Pembangunan Pertanian Besut (IADP Besut) Kementerian Pertanian.
1992 : Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (IADP KETARA) ditubuhkan selepas perjanjian dengan pihak ADB ditandatangani pada 28 Oktober 1991.
Latar Belakang
1980
- Meningkatkan taraf hidup petani
- Memesatkan pembangunan sektor pertanian, khususnya sektor pekebun kecil
- Kawasan Terengganu Utara telah dipilih
- Halacara baru pembangunan pertanian secara bersepadu
- Tumpuan meliputi daerah Besut dan setiu
1982
- Kajian kemungkinan oleh Juruperunding Agrosains Sdn.Bhd
1984
- Kajian tersebut disiapkan
1987
- Kementerian Pertanian dan Kerajaan Negeri Terengganu telah mencapai kata sepakat dan membuat keputusan
1991-1995
- KETARA bermula dan melibatkan kerja-kerja pembangunan utama
1996-2000
- Kementerian Pertanian telah menetapkan semua IADA Jelapang Padi (yang mana KETARA adalah salah satu) menumpukan kepada pembangunan padi.
745 kali dilihat
Pautan Berkaitan

