Perutusan Pengarah

 

Profil KETARA

- Latar Belakang

- Fungsi, Objektif & Skop

- Maklumat Asas

 

Organisasi KETARA

- Bahagian & Seksyen

- Carta Organisasi

- Direktori Staf

 

Lokasi

- Pejabat KETARA

- Kawasan Pembagunan

ISI KANDUNGAN PROFIL
     
 

Teknologi | Penanaman Padi Sambil Duduk

 

Penanaman padi menggunakan jentera telah lama diperkenalkan sejak pertengahan tujuh puluhan lagi. Ianya merupakan alternatif kepada penanaman padi secara tabur terus. Kebanyakan Negara maju seperti Jepun, Korea dan Taiwan mengamalkan kaedah ini bagi mengatasi masalah tenaga buruh disamping memudahkan pengurusan tanaman padi bagi memperolehi hasil yang tinggi. Sejak akhir-akhir ini penanaman padi secara berjentera mula mendapat sambutan terutama di kawasan penanaman padi di Pantai Barat memandangkan penanaman padi secara tabur terus menghadapi masalah mengawal rumpai terutama padi angin.

 

Disamping itu, terdapat kelebihan lain iaitu :-

  • Memudahkan kerja-kerja pengurusan sawah
  • Memberi pertumbuhan pokok padi yang seragam
  • Mengurangkan kejadian rebah pada pokok padi
  • Mengurang kos meracun dan merumpai
  • Menjimatkan masa dimana ianya dapat menyiapkan 3-4 jam bagi satu hektar.

 

Penanaman padi secara berjentera mula diperkenalkan di IADA KETARA pada tahun 2005 oleh Pejabat Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Besut dengan keluasan seluas 12.0 hektar. Penanaman padi secara berjentera terus berkembang dimana pada tahun 2006 seluas 80.0 hektar dan 2007 (sehingga Julai 2007) seluas 28.3 hektar. Sambutan petani kurang memberansangkan, memandangkan kos upahnya agak tinggi iaitu sekitar RM800/hektar disamping serangan padi angin di kawasan ini masih lagi terkawal berbanding kawasan penanaman padi di Pantai Barat.

 

 

Sehingga kini, jumlah mesin penanaman padi berjentera di kawasan IADA KETARA adalah mencukupi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 9 unit dengan IADA KETARA (3 unit), PPK Gerai (5 unit) dan Bahagian PTIF Besut (1 unit). Pengurusan IADA KETARA akan terus mempromosi penanaman padi berjentera untuk tahun-tahun akan datang terutama dalam mengawal serangan padi angin disamping menggalakan penggunaan jentera dalam aktiviti penanaman padi di kawasan ini.

 

 

Penafian

IADA KETARA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan

maklumat di dalam laman web ini.